~Laa Tahzan innallaha ma'ana- jgn bersedih,Allah bsama kita~

hidup..

persis bertani sentiasa..

berusaha utk mencari hasil..(amalan)

walaupun menempuh angin di tengah..(dugaanNya.)

buat bekalan di hari abadi..(akhirat)..

Laa Tahzan innallaha ma'ana-jgn bersedih ,ALLAH bersama kita..

Saturday, 18 June 2011

YA ALLAH...

Pintu itu..
Dekat pada yang mencari penuh sungguh..
dakap kebahagiaan selami nur ilahi..
                   
Pintu itu...
jauh pada yang leka..
cari sebelum ia pergi dan tak akan datang lagi..
pintu itu..pintu taubat..

SEBUAH BALANG, SELAUTAN KASIH

Assalamualaikum wbt.. ;)

Di kesempatan ini,ana dengan sukacitanya hendak kongsi tentang persahabatan. Persahabatan merupakan sebuah jalinan hati dan perasaan yang indah yang dikurnakan dari ALLAH SWT... berkongsi susah dan senang bersama-sama,dan jauh dari sebarang penyakit hati seperti hasad dengki,iri hati sehingga menyebabkan kita terjerumus dalam aktiviti yang diketuai oleh syaitan jahanam iaitu mengumpat. Astagfirullah.

Ana bertemu Persahabatan sejati ana bermula sewaktu ana tidak sengaja untuk memecahkan balang kuih raya kawan ana..hehe..
sampailah sekarang,ana dengan kawan ana itu bersahabat baik.. Alhamdulillah.

Persahabatan akan terjalin melalui keikhlasan hati dan hidayah yang dicurahkan kepada kita dari sisi-NYA...

Aku cintakannya.... ALLAH

ASSALAMUALAIKUM WBT ;)
ayuh menyintai PENCIPTA...(bukan pula menyintai pencinta,,hehehe

Untuk mendidik diri agar menjadi insan yang solehah adalah dengan banyak melakukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apakah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan siraturrahim dengan sanak keluarga dan hormati kedua ibu bapa, sebab keredhaan Allah itu tergantung kepada kerdhaan ibu bapa terhadap kita. Namun yang paling penting tutuplah aurat agar kehidupan mendapat keberkahan Allah SWT.
    Banyakkan membaca Al Quran dan berzikir insya Allah, hati akan menjadi tenang.
    Doa-doa untuk mendidik hati dan diri, diantaranya  adalah seperti berikut:-
*Doa agar terhindar dari kesesatan (Ali Imran ayat 8).
*Doa agar tetap pendirian (Ali Imran 147).
*Doa agar diberi rahmat (Al A'raf 23).
Hilangkanlah dalam dirimu penyakit al-wahan (cintakan dunia, takutkan mati)
Rasa cinta ini adalah fitrah manusia. Allah jadikan manusia ini mencintai
Cinta dalah salah satu nama dan sifat Allah yang Maha Suci. Allah Ar Rahmaan, Allah Ar Rahiim, dan Allah Al Waduud. Cinta Allah sangatlah besar, melebihi cintanya Adam dan Hawa, Ibrahim dan Sarah, Yusuf dan Dzulaikha, Qois dan Laila, bahkan Romeo dan Juliet. Cinta Allah melebihi 70 kali kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.