~Laa Tahzan innallaha ma'ana- jgn bersedih,Allah bsama kita~

hidup..

persis bertani sentiasa..

berusaha utk mencari hasil..(amalan)

walaupun menempuh angin di tengah..(dugaanNya.)

buat bekalan di hari abadi..(akhirat)..

Laa Tahzan innallaha ma'ana-jgn bersedih ,ALLAH bersama kita..

Monday, 18 July 2011

BM (KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP)

antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
matahari
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya

Tuesday, 5 July 2011

hendak ke SYURGA atau mahu ke NERAKA?


Pertanyaan ini tidak lebih daripada suatu soalan yang sederhana dan mengkehendaki jawapan yang jelas dan positif. Hanya ada 2 alternatif: HENDAK KE SYURGA ATAU MAHU KE NERAKA!

Pertanyaan ini sebenarnya ditujukan kepada manusia yang mengingkari perkara asasi,yakni mereka yang menjadi penentang dalam erti kata yang luas. Mereka sesungguhnya merupakan pengulangan gambaran kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Lut a.s.,baik dilihat dari perseorangan mahupun masyarakatnya.

Menyebut kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut adalah ungkapan lain bagi gambaran manusia yang enggan dan mencari helah untuk menerima seruan tauhid. keengganan ini ditambah lagi dengan kesesatan mereka menjadikan perkara-perkara yang batil sebagai pegangan hidup atau akidah. Lalu mereka berusaha menegakkan kebatilan dan sekaligus menipu orang lain.

Sebenarnya manusia yang bersikap seperti ini telah mengingkari ALLAH dan sebaliknya beriman kepada syaitan atau hawa nafsu,kerana iblis dan hawa nafsu adalah datang daripada sumber yang sama dan setidak-tidaknya dalam barisan yang serupa.

Nauzubillah....

hayati firman Allah dalam surah al-Qari'ah:ayat 6-11 yang bermaksud
"Maka adapun orang yang berat timbangan(amal kebaikannya) akan merasakan hidup yang diredai(bahagia) dan adapun orang yang ringan timbangan(amal kebaikan) maka ia ditempatkan di dalam neraka Hawayah. Dan tahukah kamu apa neraka Hawiyah itu? Ia adalah api yang sangat panas!"

Wednesday, 29 June 2011

ISTILAH SASTERA


personifikasi

1. pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak bernyawa atau sesuatu yg abstrak dll utk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yg abstrak sbg mempunyai sifat-sifat manusia; cth,,angin lembut menyapa pipiku....

simile

(similé) perumpamaan yg secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dsb) dan yg lain, namamu bak bunga harum mewangi,,jasamu persis cahaya bersinar.. bodoh macam lembu.
hiperbola


metafora

 pemakaian kata-kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan); cth,,kamus kehidupan

sinkof

Pemendekkan kata seperti "engkau" menjadi "kau", "aku' menjadi "ku"

TAHNIAH...IMAM MUDA 2....

                                                                     '''imam muda 2'''
                                                             ....imam muda hassan... 
                                                              .....imam muda nazrul.....

Thursday, 23 June 2011

ketika cinta harus usai......
hati remuk bagai badai...

Wednesday, 22 June 2011

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah....
bersyukur kehadrat ALLAH SWT,
pada kali ini dapat juga saya menekan-nekan perut huruf komputer ini...

laut mana yg tidak berombak,
bumi mana yg tidak ditimpa hujan...

begitulah diibaratkan dgn kehidupan kita di dunia ini...
pasti akan menempuh kegembiraan vs kesedihan,nikmat vs musibah,kesusahan vs kemudahan,kemiskinan vs kekayaan,ilmu dan harta..

pada hakikatnya hanyalah ujian yang diberikan oleh Allah swt kepada para hamba-Nya. Barang siapa yang mampu bersyukur dan bersabar, maka merekalah yang nescaya termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Namun barang siapa yang kufur serta selalu mengikuti nafsu dan emosi semata, maka nescaya merekalah yang berada dalam kumpulan orang-orang yang rugi.


bersyukur kpd ALLAH..."
merangkul tempat ketiga dlm pertandingan perbahasan ala perlimen smk elopura bestari sandakan,sabah..






                                                                                                                                                   aLwaNi92