~Laa Tahzan innallaha ma'ana- jgn bersedih,Allah bsama kita~
hidup..
persis bertani sentiasa..
berusaha utk mencari hasil..(amalan)
walaupun menempuh angin di tengah..(dugaanNya.)
buat bekalan di hari abadi..(akhirat)..
Laa Tahzan innallaha ma'ana-jgn bersedih ,ALLAH bersama kita..
Tuesday, 5 July 2011
hendak ke SYURGA atau mahu ke NERAKA?
Pertanyaan ini tidak lebih daripada suatu soalan yang sederhana dan mengkehendaki jawapan yang jelas dan positif. Hanya ada 2 alternatif: HENDAK KE SYURGA ATAU MAHU KE NERAKA!
Pertanyaan ini sebenarnya ditujukan kepada manusia yang mengingkari perkara asasi,yakni mereka yang menjadi penentang dalam erti kata yang luas. Mereka sesungguhnya merupakan pengulangan gambaran kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Lut a.s.,baik dilihat dari perseorangan mahupun masyarakatnya.
Menyebut kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut adalah ungkapan lain bagi gambaran manusia yang enggan dan mencari helah untuk menerima seruan tauhid. keengganan ini ditambah lagi dengan kesesatan mereka menjadikan perkara-perkara yang batil sebagai pegangan hidup atau akidah. Lalu mereka berusaha menegakkan kebatilan dan sekaligus menipu orang lain.
Sebenarnya manusia yang bersikap seperti ini telah mengingkari ALLAH dan sebaliknya beriman kepada syaitan atau hawa nafsu,kerana iblis dan hawa nafsu adalah datang daripada sumber yang sama dan setidak-tidaknya dalam barisan yang serupa.
Nauzubillah....
hayati firman Allah dalam surah al-Qari'ah:ayat 6-11 yang bermaksud
"Maka adapun orang yang berat timbangan(amal kebaikannya) akan merasakan hidup yang diredai(bahagia) dan adapun orang yang ringan timbangan(amal kebaikan) maka ia ditempatkan di dalam neraka Hawayah. Dan tahukah kamu apa neraka Hawiyah itu? Ia adalah api yang sangat panas!"
Labels:
kita semua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment